Salam...
Pesanan penaja: Sori kali ni post aku tunggang langgang dari segi bahasa, agak rojak, sebab aku tulis ni ikut apa yang terlintas kat kepala otak je, so macam malas nak susun dan edit ayat..haha.sekian.
alhamdulillah..saat yang ditakuti dah berlalu..yeay! haha.. ;p
evaluation and proposal defend presentation..
21.12.2012 at meeting room, FMBE, UTM..
panel: Dr.Tan, Dr. Nasrul, PM Dr.Norhisham.
Ni ada beberapa tips yang aku rasa nak share sebagai preparation untuk presentation/defends proposal, yang aku dapat sepanjang pemerhatian masa presentation, dan jugak comment daripada panel2 utk aku dan kawan2...sebagai peringatan untuk aku jugak untuk akan datang.
A) RESEARCH
i- We must know the whole of our project-in terms of the research background, objectives, scopes that can lead to the novelty, application, and contribution to knowledge..panel suka tanya benda2 macam tu..
ii- Utk bantu kita cari novelty, kena buat comparison dengan method/idea lain..dan kita kena tahu, kenapa kita guna/pilih method atau sesuatu parameter tu..
B) SLIDE
i- Make sure apa yang kita letak kat slide tu kita betul2 faham..prepare utk jawab soalan yang mungkin akan keluar dari setiap slide tu..always keep asking to ourself..
ii- Kalau agak2 rasa macam tak faham tu tak yah letak kat slide, lagi2 kalau benda2 tu agak complicated utk di-explain dan kita rasa kita akan kalut kalau kena tanya pasal benda tu..kalau nak letak pun, masukkan kat hujung, selepas 'thank you' sebagai back up..
iii- Kalau boleh, banyakkan gambar/gambarajah, jangan letak tulisan terlalu banyak kat satu2 slide tu, dan tulisan kat slide tu jangan kecik..supervisor aku tak suke..(haha.tetiba supervisor aku temasuk pulak, kan)
iv- Masukkan jugak research output (paper kita yang dah accepted/published kalau ada..)..kalau tak pun, masukkan jugak target utk future publication..tajuk paper, kat journal mana yang kita nak hantar untuk publication, dan impact factor..semua ni sebagai supporting document - atleast orang tau apa target kita..
C) PRESENTATION / EXPLANATION
i- Kalau agak2 rasa macam tak confident tentang apa yg kita kena buat dan kita baru belajar, cakap awal2 masa present tu yang kita baru je start utk study untuk develop benda tu..tulis jugak kat slide tu, atleast diorang tahu kita dah sampai tahap/stage mana...
ii- For every objectives, we must be able to explain each- in terms of the methods, the scopes, and the expected result..research 'surface' yang orang boleh nampak dan faham..MUST DO....sebab kalau explain more to technical, kadang2 diorang tak faham sangat pun..kena tau jugak sape targeted audience, panel..sebab in a certain case, tak perlu teknikal sangat..diorang ni kadang2 nak tau ape yang kita buat je..dan nak tau apa kepentingan research kita tu.. :) ...
*tapi still kena letak/tau la jugak dari segi teknikal, kan...kot2 kang dapat panel yang teknikal, tenganga pulak... :) ..yang penting, we MUST MAKE THEM CLEAR about our research..
iii- Sebelum nak present tu, bukak siap2 link2 atau reference yang dirasakan perlu kat windows laptop sebagai back up...takde la terkial2 nak carik file kat laptop tutime present/ defends nanti..
iv- Jangan biasakan guna perkataan 'MAYBE' masa present tu, sebab benda ni nampak macam tak kukuh dan tak cukup confident..biasakan guna perkataan 'IT IS EXPECTED' or something like that, nampak lebih confident.. :)
v- Masa: jangan terlalu lama amik masa utk explain semua literature review...boleh nak letak kat slide, tapi just terangkan yang mana rasa berkaitan je..sebab takut siorang bosan dan kita tak cukup masa nak explain tentang the whole of our project...diorang mesti tertunggu2 nak tahu, apa yang kita nak buat,kan..
D) REPORT
i- Report kena buat betul2, also include the latest reference...
ii- Reference ikut format betul2... (diorang memang agak teliti tentang reference punya citation)
E) SPIRIT/MOTIVATION
i- WE MUST take POSITIVELY all the comments or suggestions from the panel, because actually they are helping us.. ;)
ii- We are fast-track PhD student, so we feel that we are lack of skill and experience..but, even we are fast-track PhD student, the quality of the PhD itself is still very important thing..quality. Therefore, we must work harder and faster after this in order to make sure that we have the qualification to get PhD..-no excuses2 eh.huhu.. :)
iii- We must understand about our research project, and must focus on the work too..
iv- Macam mana kita rasa susah, berat hati, sakit sekalipun, kita kena lalui jugak benda2 ni semua..benda ni semua akan berlalu jugak nanti..lepas tu, kita akan terus berjalan ke hadapan, sambil pandang ke belakang dan melambai2kan tangan, menyebut,"babaiiiii".. ;p
F) DOA, TAWAKAL....
Nak present tu, kena banyak2 selawat, sebelum present tu, jangan lupa baca bismillah, mintak pada Allah, semoga dipermudahkan semua, dilapangkan dada utk terima ilmu2, dilapangkan minda daripada memikirkan perkara2 yg tak sepatutnya masa present tu, diterangkan hati dan minda utk sedia terima dan jawab soalan2, doa semoga dapat panel yg positif, dilembutkan hati panel2 supaya sejukk je ati diorang kat kita, tak hentam yg bukan2..insyaAllah..
dan yang penting, jangan lupe mintak parents dan family doakan kita jugak..
semoga berkat usaha dan doa tu dapat kita bawak masa nak present... :)
tapi kalau rasa ada yang kurang, takpe...ujian, pengalaman dan pengajaran utk kita jugak,kan.... :)
........
hee..saje nak share ni sebab aku ni jenis yang takut jugak bab2 present ni lagi2 benda2 yg aku baru belajar, dan kurang faham lagi...fikir macam2 sangat, tu yang cuak..time da nak present la macam2 persoalan keluar,haha..bila da cuak tu kurang la confident kan..lepas tu down, gelabah sensorang..what to do??? what to do??? hihi.mungkin ada yg mengalami macam ni kan...so harap tips2 ni, dapat bantu sape2 yg ada perasaan macam ni jugak... ;))
kalau rasa tak paham dan perlukan contoh, komen je..insyaAllah, aku akan cuba explain in more detail..
apa2 pun, semua ni depends jugak pada panel kan..panel2 ni ada point of view masing2...tak semestinya tips2/peringatan yang aku share kat atas ni valid dan sesuai utk semua panel/presentation.research..ada panel yang suka yang ni,ada yang suka yang tu..ada yang paham yang ni, ada yang tak.ada research yang boleh buat macam tu, ada research yang lain caranya.nasib la kan...harap2 ianya ada manfaat tak banyak, sikit...kalau korang ada cadangan/tips lain, meh la kongsi sekali... ;)
-cakap orang yang baru lepas present..cuba suruh cakap pasal ni masa sebelum present hari tu, terkulat2 jugak sebab memang cuak pon..hihi.. ;p ..tapi alhamdulillah sangat....sebab rasa lapang dada masa present hari tu...defends proposal, mesti la takut..hihi..
all the best utk kawan2 yang nak kena defends proposal tak lama lagi ni, k.. :)
terima kasih atas support family, dan alhamdulillah,dapat supervisor dan kawan2 yang very helpful dan supportive..thanks, Dr.A (supervisor), naz, kartiko, nurul, ade, bapak trias dan razak --> they are all my STAR research team.. :)
doakan dipermudahkan urusan kami sampai ke penghujung ea..huhu.. :)
p/s: wahhh panjangnye post aku kali ni....paper dah siap belom?? >.<'



6 comments:
Macam mana kita rasa susah, berat hati, sakit sekalipun, kita kena lalui jugak benda2 ni semua..benda ni semua akan berlalu jugak nanti..lepas tu, kita akan terus berjalan ke hadapan, sambil pandang ke belakang dan melambai2kan tangan, menyebut,"babaiiiii".. ;p
p/s: suka yang ni :)
i believe i can fly... =)
-sam
yea yaya..tu la yang aku selalu rasa..huhu..cuma kadang2 orang kata, kita kena cuba luruskan niat..selalu perbaiki niat, kan... :)
sam...flying without wings..haha..
eh macam da expert je...haha
-sam
fuyoo pasni mesti dh x cuak nk present kan. hebat seyh yana... ;D
hee..cuak tu mmg cuak la...present da bnyk kali pn cnggini jgk..hihi..tp kalau da cukup prsediaan, ilmu dah cukup, confident, insyaAllah, tak de la cuak sgt dah... ;)
Post a Comment