Salam...
Yeayy, alhamdulillah...akhirnya, aku berjaya abiskan baca buku, "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul" hasil penulisan - Fatimah Syarha Mohd Noordin ni dalam masa sehari...satu rekod yang agak baik sebab aku ni bukan kaki baca buku pun...haha. :P
semoga dapat perbaiki kesilapan kita yang lepas-lepas...
sebab segalanya akan indah jika semua kerana Allah.. :)
yang lelaki, bacalah buku ni supaya dapat belajar untuk jadi suami yang menyayangi, menghargai dan membimbing isteri..
yang perempuan, bacalah buku ni supaya dapat belajar untuk jadi isteri yang memahami suami dan solehah..
insyaAllah..kena banyak blajar lagi ni, semoga lepas ni kita akan lebih bersedia... :)
Banyak yang nak kongsi sebenarnya..tapi ni jela yang rasa-rasanya dapat kongsi..kang marah pulak penulis ni..hee.kalau nak, belila buku ni sendiri ek.. :D
"PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL"
-Fatimah Syarha Mohd Noordin
Bahaya Cinta sebelum kahwin...
-Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu..
-Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku umpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya.
-Hati akan tersiksa dengan barah rindu.
-Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
-Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiaplan diri untuk keperluan dunia akhirat.
-Aku boleh jadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
-Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
-Jiwa terganggu dalam menilai yang mana yang baik dan yang buruk bagiku.
-Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam perkahwinan nescaya ia terbina atas dasar maksiat yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
Tips Menepis cinta sebelum sampai waktunya...
-Tegas dengan prinsip diri.
-Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.
-Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.
-Mengekang hawa nafsu.
-Mendekati majlis ilmu.
-Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.
-Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.
Sajak Aminah Qutbi (adik perempuan Syed Qurtubi yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya) buat bakal suami...
Sekiranya, kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya, kita cinta kepada Allah, mescaya cinta Allah tiada penghujungnya..
Sekiranya, kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang ktia cintai,
Tetapi sekiranya, kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..
Ya Allah, andainya dia jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, maka, campakkanlah ke dalam hatiku, cinta kepadanya adalah keranaMu, dan campakkanlah ke dalam hatinya, cinta kepadaku adalah keranaMu..
Namun, andainya jika dia bukan jodoh ang ditetapkan olehMu kepadaku, berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian, yang Kau berikan kepadaku......
*Allahuakbar...huk2.. :')
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu" [HR Muslim]
-Cari ruang dan waktu untuk berhalaqah, mebaca al-Quran bersama-sama. *bestnya* :)
-Isteri amik hati suami, masak, berhias, memahami suami, jangan selalu berleter dan jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang berada di luar kawalan..buat yang terbaik dan ikhlaskan hati..andai tidak dipuji suami, semoga kebaikan tu sentiasa dapat dilaksanakan..
-Suami amik hati isteri, rajin bagi pujian kat isteri, tunjukkan rasa sayang dan manjakan isteri, buat kejutan..
-Jangan malu atau ego untuk luahkan rasa dan cinta.
-Amalkan baca doa pengasih ajaran Rasulullah S.A.W: "Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku" [HRMuslim]
-Bila dah jadi ibubapa, kena didik anak-anak jadi Muslim sejati. Boleh beri mereka banyak pilihan tapi tak boleh tolerate jika mereka nak memilih jahiliah.
-"Aku yakin tiada rumah tangga yang tidak dilewati masalah, perselisihan dan perbezaan pendapat. Bezanya terletak pada kebijaksanaan pasangan menghadapi cabaran tersebut. Ada yang meletakkan akal mendepani emosi dan sebaliknya. Ada yang memilih untuk bermasam muka atau marah-marah berbanding berbincang. Ada yang memilih untuk merajuk daripada berdepan. Ada yang memilih untuk menghukum daripada menasihati. Pilihan-pilihan itu adalah gambaran sejauh mana kebijaksanaan pasangan untuk berdepan dengan konflik."
-Seandainya jodoh tidak seperti yang kita harapkan, belajar untuk mencintai dengan cara yang sempurna. Naiktaraf perkahwinan dengan taubat. Jangan sekali-kali menyesali jodoh kita, tapi sesalilah dosa-dosa kita. Jangan ambil langkah mudah untuk bercerai. Bangkitkan dan hidupkan semula hubungan suami isteri. Usahakan yang terbaik untuk pertahankan ikatan suci itu~~....
the end..
p/s_1: "Pemilik cintaku sesudah Allah dan rasul"..man hua [siapa dia] ? :)
p/s_2: "Pemilik cintaku sesudah Allah dan rasul"..Mujahadah tak semudah bermadah. Semoga Allah bantu..

3 comments:
menarik la yana...boleh pinjam x?-sam
sila2...
nak dapat kat mane yana...
kat perpustakaan negara x daftar lagi nie... =)
-sam
eh satu gi...fb ko da x gune lagi ke?
Post a Comment