Kali ni entry nak cerita balik kenangan macam mana aku kenal husband aku sekarang, Mr.N.
Semuanya Dr.A a.k.a supervisor aku punya pasal.
Dia mula amik Mr.N (which is 4 years older than me) jadi R.A dia tahun 2013, lepas Mr.N baru balik study dari Dublin, Ireland.
Mula2 kitorang biasa2 je..jarang je pun becakap..lagpiun Mr.N ni pun pendiam orangnya.cheh.haha.
Dan masa tu aku pulak tengah time malas2 lagi nak bercintan cintun ni.maklumla.fokus research katanya.lol.
(takpelah. papehal pun tq to Dr.A..sebab amik Mr.N jadi R.A dia masa tu kalau tak aku tak jumpa la dia ye tak.haha.)
Dipendekkan cerita, kebetulan, kitorang ada kawan jugak dengan orang2 office.
Ni kira 'muqaddimah' hubungan kitorang la kononnya..
selalu main pingpong, snooker..padahal..main dalam lab je pun.maklumla, taknak bagi stress research, dr. bagi letak meja pingpong dengan meja snooker sebijik kat dalam lab tu..kolam ikan pon ado..haha.lepas tu kitorang selalu pegi dinner sama2, ramai2..bujang katanya. hehe. havoc budak2 dalam lab kitorang masa tu..asal petang je game.aktif. :)))
Dipendekkan cerita. Lepas tu, kitorang join Inatex 2013...masa tu sibuk la dengan gerak kerja. buat poster la, yang paling tak tahan kena buat business plan..stress, bosan nak mampus. haha. selalu kena balik lab lambat. tapi time ni la aku amik kesempatan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dengan Mr.N. haha. start time ni la, beberapa bulan sebelum inatex, hubungan kitorang semakin rapat, selalu contact, mesej, tanya2 khabar, bincang pasal business plan (sandiwara je tuh hahah). meriah je dalam mesej tu..tapi yang lawaknya, esok datang lab, masing2 senyap, macam tak ada apa2 berlaku. dan kitorang terus berpakatan sulit tanpa diketahui oleh orang2 lab pun, kecuali naz. haha.
Dipendekkan cerita lagi, hubungan kitorang makin rapattt sejak kitorang ber-enam pegi kenduri kawen naz, jalan2 ke kedah sama2 naik mpv..pegi jalan2, mandi2 kat lost world of tambun..haha time ni memang time menyimpan perasaan orang kata. tengok je la dari jauh walaupun dekat. gelisah oi. gelisah dalam tawa. kihkih.
Sampai la satu2 tahap, aku rasa sampai bila.ntah2 dia anggap aku kawan je...maklum la masa tu dia ni kira hot la jugak.*eh awak jangan perasan tau*.macam ramai je cuba usha, amik2 ati, ajak keluar la, bagi gegule la cekelat la..kite ni sape la. jeles tau..huhu sangat. hurt. :(
Dan...dipendekkan cerita lagi. on my birthday,
5 november,
I requested ain, my bestfriend eh terspeaking pulak -..- untuk spy kat Mr.N tentang hubungan kitorang..
Dan...aku tak lupa...masa tu la Mr.N siap dedicate lagu birthday utk aku. siap dia main lagu tu guna ukulele. sweeet haih. >.<
Dan lagi, dipendekkan cerita...
7 Disember 2013,
Aku dapat emel yang tak disangka-sangka dari Mr.N....attached, PDF file with it, which is....a letter....a proposal letter...! propose aku utk jadi pasangan hidup dia yang sah (ajak kawin la tu maksudnya.)...
dan lepas baca surat tu berulang kali. betul ke tak betul ke tak. last2 baru aku percaya. ya Allah....aku bersyukur sangat...akhirnya...dia jodoh aku....tak dapat gambarkan perasaan masa tu..alhamdulillah.... T_T dalam 2 minggu lepas tu, ktorang decide utk 'dating' kat jusco bukit indah untuk bincang detail tentang future plan masing2...dating sambil ditemani ain kat a&w..haha.sweet sangat.lol. :P
10 Januari 2014,
kali pertama jumpa parents dia kat office ayah dia...berdebar kot.dan punya la nak rahsiakan dari pengetahuan umum (yela..belum sure, kan), siap gerak dari lab berasingan kereta masing2...hehe.turun2 kereta, maknya pun sampai, terus datang kat kereta, salam peluk...alhamdulillah, semuanya ok..parentsnya (which are my in-law now) tersangat lah baik. :)
15 Februari 2014,
kitorang bertunang.. :) dan dah nak kawin baru kitorang bagitau kat kawan2 rapat & budak2 lab.
30 Ogos 2014,
kitorang diijabkabulkan....alhamdulillah..semuanya berjalan lancar....tak sangka dah jadi wife orang. :)
Ok dah..panjang pulak aku tengok post aku ni. malas dah nak type.bukannya orang baca pun.haha.
aku cerita pun untuk aku sendiri...blog ni dah macam online open diari aku dah.hihi.
Macam mana pun, sampai sekarang, aku bersyukur dikurniakan suami yang sangat baik, terima dan menyayangi diri yang tak sempurna ni....semoga hubungan kami berkekalan, bahagia dan sentiasa dalam reda Allah..aamiin aamiin. :) I love u so much, my Mr.N. :)
Nah..belanja gambar kawin sket. :) *rindu oi zaman2 ni.sekarang rindu jugak.eh.haha.*
No comments:
Post a Comment