Salam..
Wahai sahabat...
Berdoalah....
Dengan berdoa tidak semestinya kita akan dapat apa yg kita nak..
Tapi sekurang2nya hati akan menjadi lebih tenang..
Kerana kita akan sentiasa berharap dan bergantung hanya kepada Allah..
Mengadulah...
Dengan mengadu, kita tak semestinya dapat mengelakkan atau menghilangkan masalah..
Tapi sekurang2nya dapat mengurangkan bebanan jiwa..
Reda dia atas apa yg berlaku..
Dan mendorong kita untuk menjadi lebih kuat..
kerana kita yakin,
bahawa kita sentiasa ada tempat mengadu dan bergantung..
yang sudi Mendengar,
tak kira masa, tempat dan apa yang kita adukan....
InsyaAllah...
Berdoalah, mengadulah..
Jangan berputus asa..
Sesungguhnya Allah tidak akan pernah jemu mendengar hamba2Nya berdoa..
Bahkan itulah yang Dia mahukan..
Hambanya mengabdikan diri dan memohon kepadaNya dengan penuh rasa rendah diri..
Sesungguhnya Dia amat rindukan suara hamba2Nya..
Dan bersyukurlah sekiranya urusan terasa sukar,
Sesungguhnya kita akan lebih menghargai sesuatu apabila kita susah untuk mendapatkannya,
dan dengan ini, mendekatkan diri kita lagi kepadaNya..
Dan bersyukurlah juga sekiranya keinginian tidak dimakbulkan..
Sesungguhnya mungkin ianya bukan tidak dimakbulkan,
tetapi belum dimakbulkan,
atau mungkin yang lebih baik sedang dirancangkan...
Yakinlah..
Dan jangan sekali sekala lupa untuk bersyukur,
di atas segala nikmat lain yang telah Dia berikan..
kerana ianya terlalu banyak...
Ingatlah, Dia akan berikan kita apa yang kita perlu,
tidak semestinya apa yang kita mahu..
Maka,
bersyukurlah..
Mudah-mudahan,
segala bebanan yang kita hadapi sekarang dan akan datang
akan lebih mendekatkan diri kita kepadaNya..
insyaAllah, amin, amin....
Berdoalah, Mengadulah, Bersyukurlah!
=')
-me_yana
2 comments:
usaha tangga kejayaan :)
insyaAllah..terima kasih, cikgu..doakan kami.. ^_^
Post a Comment