MUAR, JOHOR- Disebabkan kelalaian dan kecuaian seorang pemandu lori, empat buah kereta turut terbabit dalam sebuah kemalangan berhampiran lampu isyarat di persimpangan Jalan Bakri Batu 6. Dimaklumkan bahawa keempat-empat buah kereta tersebut sedang berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah sewaktu sebuah lori yang dipercayai dipandu laju menghentam kereta jenis Myvi yang berada paling belakang di barisan tersebut. Ianya mengakibatkan Myvi tersebut menghentam kereta jenis BMW di hadapannya dan seterusnya Kembara dan Myvi sehingga Myvi yang berada di barisan paling hadapan termasuk ke tengah petak kuning. Kuat hentaman tu, kan? Pihak polis juga turut memberitahu bahawa lori yang sama tersebut juga baru sahaja 'dibangunkan' selepas terbalik di Parit Sulong, pada hari yang sama. Seorang penulis yang tidak diiktiraf (aku le tu) telah meluahkan rasa kekecewaannya terhadap sikap pemandu lori terbabit dalam statusnya di laman sosial facebook bertarikh 2 Januari 2012.
memang semua Allah dah tetapkan..tapi semua yang berlaku ada musababnya..once bila dah berada kat jalan raya, nyawa kita bergantung pada orang, dan nyawa orang pun bergantung kat kita..jangan sampai disebabkan kecuaian, kelalaian, kesombongan dan keegoan kita kat jalan raya tu menyusahkan dan membahayakan nyawa orang lain yang takde kaitan pun dengan kita..jangan sampai kita rasa bersalah dan meyesal satu masa nanti..
-jangan lupa bagi signal bila nak belok/minta laluan.. (serius menda ni penting kot walaupun nampak ringan..)
-tolak ansur dan biasakan diri utk murah hati beri laluan kat kereta yg nak masuk line kalau boleh/mampu..lg2 kalau kereta tu bagi signal..
-fokus..jangan ber-sms masa tengah memandu...1 saat hilang tumpuan, macam2 boleh jadi..
-amalkan jarak yg selamat dengan kereta kat depan..elakkan dari duk follow kereta kat depan tu dekat sangat..bila2 masa kereta kat depan boleh brake emergency..
-kenderaan yg besar2 (spt lori, bas, treler)..sedar2, anda tu bawak kenderaan besar..dah tau ada traffic light kat depan..jangan bawak laju..anda tu besar, momentum besar, inersia pun besar, segalanya2 besar, nak brake bukan boleh terus berhenti..effect kat orang lain pun besar..
bila benda dah berlaku, masa tu nak salahkan siapa2 pun dah terlambat, tak boleh nak ubah apa2..kalau kita sendiri yg tak buat langkah berjaga2..siapa lagi yg boleh jaga..pesanan untuk diri sendiri terutamanya, dan rakan2 yg turut menggunakan jalan raya...kalau aku bawak tak betul, ingat2kan la aku jugak eaa..mmg kadang2 kita pun tak ter-perasan yg kita pun buat kesalahan...sebab tu kita kena beringat dan saling mengingati...insyaAllah..semog a kita semua selamat....amin...
p/s: kembara.... :'( "
hukhuk..sayu hati tengok...tak sampai hati..sedih....geram pun ada masa tu...takpelah..benda ni berlaku awal bulan Januari hari tu, bukan nak perbesar2kan cerita, tapi anggaplah cerita ni sebagai luahan perasaan dan pengajaran kita semua utk dikongsikan bersama..alhamdulillah, syukur pemandu selamat..ada hikmah di sebalik apa yg berlaku..semoga pemandu2 di luar sana lebih berhati2...pandu dengan berhati2...sayangi nyawa sendiri dan orang lain jugak....kalau tak sayang nyawa sendiri pun, tolong lah hormati nyawa orang lain..please..thanks..
* Gambar hiasan 1*
* Gambar hiasan 2 *
Sekian, terima kasih...
No comments:
Post a Comment