Pages

Monday, July 4, 2011

:: BERSIHkan hati terlebih dahulu~::

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong


2011/07/03

ISTANA Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan BERSIH untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan menyerahkan memorandum kepada beta selaku Yang di-Pertuan Agong dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terbabit.


Namun, beta yakin kepemimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. 
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.


sumberhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/TitahKhasYangdi-PertuanAgong/Article/index_html

.................................................................................................................................................................

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang/dihebohkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”.
(Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas)


Daripada ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik kamu dan sebaik-baik pemerintah kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, sedangkan seburuk-buruk kalangan kamu dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah orang yang kamu benci akannya dan dia benci pula akan kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka juga mengutuk kamu..”,

Ditanya kepada baginda: “Apakah tidak boleh sahaja kami mencabut mereka (menggulingkan mereka)?” Maka Jawab baginda: “Tidak boleh selama mana mereka mendirikan solat yang lima, barangsiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin kemudian dia melihat pemimpinnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci maksiat kepada ALLAH yang dilakukan itu tetapi jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan”.
[Muslim, Ahmad, Ibn Hibban dll dan lafaz adalah untuk Ibn Hibban]



Daripada Ummu Salamah r.a Isteri Rasulullah S.A.W, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Akan ada nanti para pemerintah yang mana ada tindakan mereka kamu setujui dan ada yang kamu ingkari..,
maka barangsiapa yang dapat mengenal pasti (antara yang baik dan buruk perbuatan mereka) maka dia akan terlepas (dari maksiat), barangsiapa yang mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka yang reda dan mengikut (maka dia binasa)”. Kata Sahabat: Apakah tidak wajar kami memerangi mereka? Jawab baginda s.a.w: “Tidak boleh, selama mereka mendirikan solat”. 
[Muslim, Abu Daud, & al-Tarmizi]


...................................................................................................................................................................

terima kasih kepada sahabat yang sanggup kongsikan info2 yang kat atas ni kat fb..thanks..


"bukan buat rusuhan.. cuma perhimpunan aman 
Rasanya Perhimpunan BERSIH ni nak buat secara aman tp media yg mewar-warkan ganas..Kalau media war-war ganas makanya ada org nak provoke jadi ganas..cubalah baca senarai tuntutan BERSIH,apa yg diorg minta.."
-bukan ini isunya...
secara logiknya, dah  fitrah manusia  yang terlalu taksub tanpa batasan,
tak kira lah mana2 pihak pun, akan sanggup buat apa sahaja untuk kepuasan hati masing2, 
lagi2 dalam keadaan beremosi..
sebab tu kita takut sesuatu yg buruk akan terjadi termasuklah rusuhan tu semua..
kebarangkalian berlaku tu ada.. 
sekali rusuhan/kekacauan dah dicetuskan/dimulakan oleh satu2 pihak tu
tak kira la pihak yang mana, 
dah pasti ianya akan berlarutan, saling berbalas..
tak ke huru hara nanti?
lepas tu, masing2 akan salahkan, 
tuding jari antara satu sama lain..
sampai bila kita nak aman dan bersatu kalau macam ni? 
sebab tu, macam2 amaran dan peringatan diberikan 
dan langkah2 yang diambil utk elakkan dr ni semua berlaku...
bukan tak beri peluang langsung untuk berdemokrasi kat negara ni..
ikutlah cara yang betul...
kalau dah nak buat sangat pun, buat la kat stadium tu..
kaji la balik apa kesannya nanti kalau perhimpunan macam ni diteruskan...
utk jangka masa pendek dan panjang...
banyak yg tak baik daripada baiknya.....


kalau jpj saman kita sebab bawak kereta laju, 
jangan salahkan jpj..
sebab awal2 memang dah dalam peraturan macam tu
dan tu tugas dia, utk jaga supaya kita tak bawak kete laju, lepas tu nyusahkan orang...
so macam tu jugak nanti, kalau perhimpunan tu diteruskan jugak,
kalau ada apa2 berlaku, jangan salahkan siapa2..
sebab awal2 lagi dah diberi peringatan dan amaran,
dan tu tugas kerajaan nak jaga keamanan negara..


ingatlah, sedangkan kadang kala tam mudah bagi diri kita sendiri utk buat perubahan ke arah positif dalam diri kita, lagi2 melakukan semua perintah Allah, dan tinggalkan segala laranganNya, 
apatah lagi satu sistem besar yang melibatkan ramai orang, yang penuh dengan kerenah, ragam, berbeza fahaman, agama, sejarah, perlembagaan dan peraturan..
selagi dah nama sistem manusia, masih banyak kelemahan..
kadang2 bercakap lebih mudah dari melaksanakan..
tapi tanggungjawab kita utk pilih yang terbaik..


lihatlah dan ingatlah, 
bukan senang kita nak kecapi keamanan dan perpaduan negara yang 
kita dah ada sekarang..
bersyukurlah dengan nikmat yang kita dah ada...
jangan hancurkan semua tu..
kaji buruk baik sebelum bertindak..
matlamat tidak menghalalkan cara..
nak ubah sistem boleh, tapi bukan ni caranya..
bersederhanalah..


hanya nak luahkan apa yg aku rasa dan saling mengingati..
aku macam korang jugak, 
sayang negara, agama dan bangsa aku.. 
semoga kita semua dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada kita terlebih dahulu, 
dan semoga negara kita kekal aman seperti sekarang, 
baru kita boleh hidup bahagia dan dapat berusaha sama2 untuk bahagia dunia akhirat..
amin.... 

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...