Salam..
Balik keluar malam tadi, ada dapat forward mesej dari kawan aku..
“ Kuiz Anak Muda:
Apa pendapat kamu tentang perkahwinan?
Apa pendapat kamu tentang pasangan?
Apa pendapat kamu pada pasangan kamu sesudah perkahwinan?
-mohon pendapat anda-“
Hehe..tiba2 terdetik nak tulis kat blog pasal ni...menarik jugak kalau nak bincang kat sini and nak tau pendapat masing2 kan...so post kali ni aku nak cakap pasal perkahwinan...(notes that, ni bukan perbincangan tapi lebih kepada pendapat peribadi.. :P) rasanya umur macam aku ni tak salah kalau nak discuss sikit pasal perkahwinan..lagipun kawan2 sekarang semua dah bizi nak kahwin..kekeke.. :P aku? Hehe.. *rahsia*
..................................................................................................................................................................
Masa baru2 lahir, bestnye sebab semua orang buatkan...
Hidup senang 2 goyang2 kaki..kerja asyik menangis...mintak susu, tidur, buang air..
tu pun orang yg bersihkan..hehe...
Bila dah sekolah, makin banyak dah kena buat sendiri..
Makan sendiri, jalan kaki sendiri, basuh baju sendiri, bersihkan kasut, dah tu..
Time ni jugak kita dah dibiasakan dengan tanggungjawab2 kecik..
Time ni dah diajar tanggungjawab kat Allah,
Dah kene tolong mak buatkan kerja2 rumah sikit2,
Dalam masa yg sama kena buat kerja sekolah pulak tu..! hehe..
Tapi time ni best...sebab parents yang carikkan makan..
Kalau sakit, diorang jaga..kita kat depan mata diorang..
Balik2 sekolah, terus bukak tudung saji..makannnnn...?free... :P
Bila dah kat universiti, tanggungjawab makin bertambah..
Assignment (iaitu kerja sekolah) makin lah bertambah..
bukan senang macam kat sekolah..
bukan senang macam kat sekolah..
Kalau join persatuan ke, lagi banyak nak kena buat..
Parents dah takde depan mata..
Sakit2 pun mostly sendiri..
Semua memang kena buat sendiri..
Pulak tu..kena deal dengan perasaan ngan jiwa kacau, otak kacaunye lagi..
Emosi senang nak hangin..nak kena handle dengan stress ngan study, lecturer, kawan2..
Nak kena pandai manage masa..
Hai.......banyaknye tanggungjawab..
And our life become more tough and challenging right :)?
Macam tu jugak dengan alam pekerjaan..
Time ni makan semua dah kena pakai duit sendiri..
Then sampai la alam perkahwinan...
Bila dah masuk je alam ni...
Bila cakap pasal tanggungjawab..
Memang banyak...
..............................................................................................................................................................
Dan...
Hehe..
Tu semua intro je..
panjang betul intro.. :P
Tapi tu just nak bagi gambaran...
So..KAHWIN?? yeyy kahwinnnn~!!!
Haha..
Pendapat aku tentang perkahwinan ialah berkenaan TANGGUNGJAWAB...
Sebab pada aku kahwin tu satu perkongsian..
Kongsi apa?
Kongsi hidup..
Kongsi duit..
Kongsi rumah..
Kongsi gembira..
Kongsi sedih..
Kongsi susah..
Kongsi senang..
Semua nak kena kongsi dengan pasangan kita..
Jadi bila dah kongsi, mestilah banyak tanggungjawab kan..
Dan pada aku, tanggungjawab ni meliputi semua..
Tanggungjawab apa?
Tanggungjawab kat Allah(agama), kat pasangan, kat anak2, kat keluarga kita, kat keluarga pasangan..
Plus, tanggungjawab kat tempat kerja..
Tanggungjawab kat agama,
sebab kita berkahwin untuk dunia dan dibawak ke akhirat.. nak bawak satu keluarga ke jalan tu bukan sesuatu yg mudah, kan..? Indahnye kalau dah kahwin dan hidup dalam suasana yg diredhai Allah..best kan best kan.. =)
Tanggungjawab kat pasangan..
Berusaha utk mengenali pasangan..proses berkenalan sampai ke tua kot..sebab emosi kita sentiasa berubah..cnthnya, time tua mungkin sedikit sensitif.. :) ..tanggungjawab bagi nafkah zahir batin..tanggungjawab menggembirakan pasangan, saling mengingati, bawak pasangan ke jalan yg benar dan diredhai..sama2 jadik contoh kat anak2..susah senang sama2, bg semangat....wah tak tercatat..
Tanggungjawab kat anak2..
tengok la macam mana betapa susahnya parents kita besarkan kita..
Dari lahir, sampai kita besar...tengok apa diorang dah buat utk kita..dari segi mengawal keinginan kita, sakit kita, kebajikan kita, pendidikan, hm...tak tercatat.......
Tanggungjawab bagi tempat tinggal, makanan, semua2..
Dan jugak termasuklah mendidik anak2 utk hidup berjaya dunia akhirat..bukan sesuatu yg senang..sbb mereka ialah amanah yg besarrrr.. :) dan mereka jugak yang boleh kita harap dalam kubur nanti...
Tanggungjawab kat keluarga..walaupun kita dah kahwin, kita masih ada keluarga masing2 yg dah lama besarkan kita..bg yg perempuan, untungnya kalau dapat suami yg memahami yg kita pun ada keluarga sendiri dan anggap keluarga kita macam keluarga dia..dan bg suami, walaupun dah berkeluarga, tapi suami masih ada ibu yg dia mesti patuh&taat dan untungnya suami kalau dapat isteri yg memahami tu dan untungnya bg perempuan kalau dapat ibu mertua yg juga memahami.. :) Dan suami pun masih ada tanggungjawab pada adik beradik perempuan dia, beruntung suami yg dapat isteri yg memahami tu..
Hm..banyak kan?
Kadg2 dengar macam senang...
Tapi mesti bukan senang kan...
Sebab "kita bukan nak kahwin dengan pakwe/makwe..
Tapi kita nak kahwin dengan mak/ayah kpd anak2 kita..."
Dan kita kene ‘kahwin’ jugak dengan tanggungjwab2 yg kita bakal pikul nanti..
Bila dah banyak tanggungjawab tu..of course la kita kena ada persediaan yang secukupnya...
Sebab kita nak kena share hidup dengan someone yg asing dalam hidup kita dari kecik..
Persediaan apa?
Persediaan fizikal, mental, attitude, dan yg utamanya ilmu...
Persediaan fizikal tu macam mana?
Persediaan fizikal tu contohnya macam kewangan..
Yela nak kahwin mesti la nak kena kewangan yg cukup dan stabil kan..
Even kita hidup sorang pun duit banyak nak pakai..apetah lg hidup berkeluarga kan..
Selain tu, kesihatan..sbb kalau kita sakit je, macam mana nak buat semua tanggungjawab tu dengan baik kan?
Hee..bukan maksud aku tak boleh kahwin kalau kita sakit..
Contoh yg paling senang..
Utk orang yg merokok..bila nak kahwin tu, harap2 belajar2 la berhenti ye..
Jangan sebab merokok, perkahwinan tu jadik kurang serinya sedangkan kita dah tau awal2 yg merokok tu tak baik utk kesihatan (haha buat kempen anti merokok pulak dah..)..nanti bila dah kahwin, baru dapat tau ada sakit paru2, kanser tu , sakit ni, ha....kan tak gembira tu...
Lagi nanti duit banyak ke rokok..abis rumah langsir semua bau rokok..duduk sebelah suami pun bau rokok..anak2 pun kena join sekaki bau asap rokok..
Dah isteri marah..gaduh...ha..kan ke kurang best tu..hehe..
Dan banyak lagi contoh2 lainn..
Persediaan mental pulak macam mana?
Contohnya persediaan dari segi emosi..
Sebab bila dah kahwin ni, mesti banyak nak kena handle dengan perasaan..
Kena belajar utk mengenali pasangan, bersabar,bersedia hadapi kemungkinan yg kita akan dapat, kurangkan panas baran, perasaan ego, kena terima pendapat orang tp dalam masa yg sama kena tegas lagi2 suami, kena belajar utk percaya pasangan, kurangkan syak wasangka, kena saling membantu, belajar utk saling memahami masing2 dan yang paling penting, kena bersedia utk percaya bahawa diri sendiri tu dah kahwin..ngehe.. :p ..dan yang agak penting, kena bersedia dan belajar utk deal ngan masalah kat tempat kerja sbb takut terbawak sampai kat rumah...
Dan segala macam benda2 positif la..
Persediaan attitude pulak..
Utk yang perempuan, kena belajar cara2 nak tackle ati suami, jadik isteri dan ibu yg soleh, kene ubah perangai yg kurang baik tu...contoh yg paling senang, x berapa nak rajinà rajin..
(Haha..macam reflects kat aku jek..hopefully not.. :) )
Hm..kalau macam lelaki pulak, kena belajar n pupuk sifat kepimpinan utk jadik seorang ketua keluarga..
Supaya nanti dapat jadik contoh yg baik..kat pasangan ngan anak2..bestnya bila ada orang ajak sama2 jemaah dalam keluarga....makan pagi tengahari petang malam semua sama2....suami bawak jalan2 ngan family sama2...soo suweeetttt....
keluarga bahagia...ekeke.. ;)
Persediaan ilmu ni pulak...
Haaaa..yang ni penting...
Sebab takde ilmu, persediaan banyak pun tak jadik jugak ler sangat..
Ilmu termasukla ilmu agama..
Ilmu agama ni yang paling utama..
Ilmu kepimpinan, ilmu kekeluargaan, ilmu memasak, ilmu utk menyelesaikan masalah, ilmu kewangan, ilmu rumah tangga, dan ilmu2 aksesori yang lain macam ilmu berkebun ke, ilmu betulkan elektrik ke, ilmu menukang ke...benda2 macam tu pun agak menarik utk jangka masa panjang..hehehe..eh gelak pulak..betul la ni.. isk...
................................................................................................................................................................
Hehe ...tu je kot rasanya yang aku rajin nak tulis...arap2 dah terjawab semua soalan kat atas tu..dan mostly rasanya semua orang dah memang sedia maklum pun..kan...ni semua hanya antara pendapat aku je..banyak lagi sebenarnya...tapi bia je la aku tulis apa yg aku terfikir sekarang..kalau dibiarkan makin meleret..hehe...
So kesimpulannya, bila persediaan dah dilakukan, calon pun dah ada, insyaAllah bila hati dah terbuka, tak salah utk kita kahwin tak kira berapa usia kita...macam mana pun ,ada orang kata, “ala..dah kahwin tu berubah la tu dia nanti...” hehe..benda tu tak salah 100%.. memang ada benda yg kita baru perasan bila dah kahwin dan kita boleh utk berubah..tapi why not kita cuba dulu utk jadik yg terbaik utk seseorang yang kita tunggu selama ni? :) sebab tak semuanya indah dalam perkahwinan..hidup kadang2 tak semestinya apa yg kita impikan.. :) wah..walaupun belum lagi terasa sangat nak kahwin, tapi kene bersedia utk hadapi benda2 tu dari sekarang.. :) semoga Allah bukakan hati dan bagi yg terbaik utk diri kita.... :) amin~
.................................................................................................................................................................
Dan tiba2 rasa macam nak tag kawan2 aku, nak tanya diorang jugak tentang kahwin ni..
Hehe..so apa kata korang? Jom kita tengok.. :P
3 comments:
sy rasa anda dah boleh kahwin yana..hehe
em cm da de calon jer,,,
teeetttttttt.....
yaya..haha..yeke..*blushing* haha..
Post a Comment