Pages

Saturday, January 8, 2011

Cinta kepada Allah..

salam...

malam tadi  dengan menaiki kembara yang comel tu,
kitorang berlima bergerak pegi ke tmn sri pulai perdana..
kitorang pegi atas jemputan akak2 senior..
alhamdulillah..
banyak sangat pengisian yang kami dapat malam ni.. =)

..........................................................................................................................
tajuk pengisian malam tadi berkisarkan tentang
CINTA KEPADA ALLAH..
just want to share a little bit with you guys.. =)
harap2 ianya bermanfaat walaupun tak banyak.. =)
..........................................................................................................................

Selalu kan kita diingatkan, 
Betapa banyaknya nikmat yang Allah dah beri kat kita, kan kan kan?
Sangat banyak..kita tak mintak pun, Allah bagi jugak kat kita..
Tu menunjukkan betapa kasihnya Allah pada kita..

Dia yang terlebih dahulu mencintai hambaNya 
dan meluahkan cintaNya kepada hambaNya,
Walaupun Dia tak perlukan kita pun,
Walaupun Dia boleh tarik balik nikmat Dia tu bila2 Dia nak..
Tapi sejauh mana agak2nya ae kita bersyukur dan mencintaiNya 
di atas segala pemberian Dia sebagai Pemberi cinta 
dan yang menganugerahkan perasaan cinta pada diri kita?

Cuba kita imbas balik..
Sepanjang hidup kita, apa yang kita dah buat utk agama kita?
Apa yang kita dah buat utk tunjukkan yang kita pun cinta 
dan berterima kasih pada Allah?
Adakah cinta kita kepada Allah melebihi cinta kita pada yang selainnya?

Cuba kita fikir balik..
Kalau seseorang menghadiahi kita sesuatu yang kita suka, 
sudah semestinya kita akan berterima kasih yang teramat sangat kat orang tu 
dan kita akan semakin dekat dan kasih kat orang tu..
Tapi kenapa kat Allah, kita tak tunjukkan rasa cinta dan kasih kita kat Dia, 
yang menganugerahi segala nikmat dalam hidup kita, 
sedangkan hadiah dan nikmat yg Dia berikan lagi tidak ternilai harganya daripada 
hadiah yg telah diberikan oleh seserang tu?

Walaupun kita dah selalu buat dosa, 
jarang sekali Allah terus tarik nikmat yg Dia dah bg kat kita..
Banyaknya peluang yang Dia bg kat kita..

Tapi pernah tak kita menangis bila imbas balik segala nikmat yang Allah dah bagi tu?
Yang kita tangisi hanya bila Allah tarik balik nikmat yg kita ada..
oh..
Jika kita tidak tidak pernah menangis,
Cubalah utk menangis jika kita tak dapat menangis bila memikirkanNya...
Sebab..
Hati yang terlalu keras sehingga terlalu ego untuk menangis keranaNya,
ialah hati yg telah gelap di atas segala dosa yg kita dah lakukan..

Ape yang aku dapat imbas balik..
Sepanjang 22 tahun aku hidup..
Terlalu sedikit yang aku dah buat utk agama aku..sangat sedikit..
Sekadar seseorang yang hanya menunaikan tanggungjawab yang wajib,
Hm..itupun kalau Dia terima...
Jangan cakap sebagai penyebar dakwah, bahkan utk diri sendiri pun...
Amatlah sedikit..
Apalah yang aku nak jawab kat akhirat nanti..

Mudah2an Dia terima semuanya..
dan mempermudahkan jalan aku dan kita semua utk memperbaiki diri..
yang masih banyak sangat kekurangan..

Kadang2 kita lebih mengharapkan cinta dan pujian dari manusia 
berbanding cinta dari Allah..
Kadang2 kita terlalu leka dengan keselesaan ataupun "comfort zone" 
yang kita dah ada sekarang..
dan seterusnya..
Kadang2 kita terlupa yang itu semuanya hanyalah sebagai ujian daripada Allah 
utk menguji sejauh mana cinta dan ingatan kita kepadaNya..
dan seterusnya jugak sehinggakan..
Kadang2 kita seolah2 tidak reda dia atas segala yang telah ditentukanNya..

Hm..susah sangat ke kita nak berubah?
Atas alasan apa kita tak boleh berubah?
Atas alasan apa?
Yiup memang susah..
Macam mana nak berubah ni...

Cuba bayangkan satu situasi ni...

Kita sedang berjalan di dalam sebuah hutan yang tebal...
Dengan 2 orang kawan lagi..
Perjalanan yang sangat jauh..
Tiba2 hujan turun lebat..
dan kita pun cari tempat untuk berteduh..
Selepas berjalan, kita ternampak ada sebuah gua..
Jadi kita pun masuk ke dalam gua dan berteduh kat situ..
Tiba2 ada batu yang sangatt besar dari atas gua tu jatuh 
dan menutup pintu gua tu sehingga mustahil untuk kita keluar dari pintu gua tu..
Di saat tu, kita terperangkap dan mustahil untuk keluar...
agak2nya apa yang kita lakukan?
Meraung2?
Berdoa kepada Allah?
Berjanji kepada Allah utk berubah?
Saat tu barulah kita terfikir apa yang kita dah buat sepanjang hidup kita yg lepas....

Ingatlah kita sesungguhnya bila kita cintai Allah,
Allah akan jadi pendengaran dan penglihatan kita..
Dia yang akan membimbing hidup kita, membawa kita ke jalan yang benar..
Jom la kita sama2 saling mengingati dan menuju jalan yang diredhai Allah..
insyaAllah..amin.. =)

Kat sini sempat salin 3 je langkah2 utk menggapai cinta Allah...
yg lain tak sempat nak salin.. =p

1) Jangan bermaksiat kepada Allah secara terus menerus..

sebab Allah tau apa yg kita lakukan..dan Allah tau sejauh mane keikhlasan hati kita 
dalam melakukan sesuatu kebaikan..

2) Jauhi teman2 yang buruk...

pada pendapat aku,
ni maksudnya bukanlah suruh kita meminggirkan mereka atau tak kawan langsung..
salah tu.. =)
mesti org akan cakap, walaupun dia tak bla...bla...bla....tp dia baik~..
its not that matter..
kebanyakan masa hidup kita dengan kawan2..
kawan2 mempunyai pengaruh yg amat besar pada diri kita selain daripada keluarga..
kalau boleh, biarlah environment yg kita ada tu membenarkan dan memudahkan kita 
utk lakukan proses perubahan, betul tak.. =)

3) Cuba utk laksanakan solat 5 waktu tepat pada waktunya selama 1 bulan 
dan seterusnya istiqamah (berterusan) dalam melakukannya..

aku pun belum pernah cuba lagi..jom kita cuba ok... =)

4) Banyakkan berzikir tanda kita mengingatiNya... =)

hee..aku pun tak reti pun mende2 ni..
aku pun bukannya baik sangat.. =)

semoga kita sama2 berusaha utk dapatkan lebih mencitai Allah...amin.. ;)
.................................................................................................................................

habis pengisian ni, kami diberi masa utk muhasabah diri..
masa ni kitorang ditayangkan dgn macam2 video yg berkaitan dengan ibu bapa dan anak...
amtlah sedih.. T_T
tapi..
malangnye aku tak dapat menghayati sangat..
sebab masa tu dah pukul 11.30 malam, mak aku asyik call..risau aku balik malam2..

oh..aku bersedih menonton video berkaitan ibu bapa sedangkan aku buat diorang risau.. *_*
sorry mak, abah..

ok..saya sayang ibu dan ayah saye..hee.. ^_^

..................................................................................................................................

end of my entry..semoge dapat bagi manfaat walaupun sikit.. ;)

3 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wbt...

Peringatan yg baik...=)
Betul..kita akan mhargai bila hanya kehilangan...Hidayah itu sgt2 mahal..Mohonlah kpd Allah spya ditetap iman dan pelihara hidayah yg diberi..huhu.
Jatuh,bangun balik,jatuh,bangun lg..jgn pernah putus asa..=)

Xpe yana,cara berda'wah tu xrigid dan mengikut kemampuan masing2...xsemestinya ada ayat2 Quran dan Hadith baru da'wah namanya...hihi
Peringatan2 yg mcm yana bt ni pun dh mampu mengetuk jiwa2 insan..^_^

Semua orang Allah beri peluang utk berubah,tp kita perlu sedikit pengorbanan...Langkah pertama langkah kita,langkah seterusnya serahkn pd Allah disamping doa yg berterusan...
Dan satu benda yg perlu kita ingat,dlm mengejar cinta Allah,mcm2 ujian yg akn kita terima...sbb cinta Allah itu sgt mahal..bkn murah maharnya...Jd,jgn giveup..Once diuji,itu maknanya Allah sedang beri perhatian kt kita...Ujian,dugaan n cabaran, itu semua jln cerita n proses utk berjaya..Kerana mmg itu polisi Allah utk hambaNya...(al-Insyirah 94:6)

Maaf la,ain byk mbebel...sebenarnya peringatan utk diri sendiri..sbb cara terbaik utk meingatkn diri adalah dgn mengingatkn sahabat lain...huhu..sori...hihi =)

Salam Mujahadah.
May Allah Shows His way....

_Miftahul Huda_

Anonymous said...

guestar: bagus yana, usaha yang jitu mendidik jiwa anak bangsa.insyallah we'll find the way, for the rest of our life....
;)

me_yana said...

waalaikumsalam ain...
betul tu..walaupun kite jatuh, kita tak leh putus asa.. ;)
"Once diuji, maksudnya Allah bg perhatian kat kita.." suka ngan ayat ni..setuju.. =)
thanks atas peringatan..
amin....

semoge kita saling mengingati..
;)

guestar:
thanks..mendidik jiwa sendiri sekali yg utamanya... =)

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...